Isnin, 15 Disember 2008

Pengurusan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Saya Firdaus Mohd Annuar selaku Pengurusan yang menjalankan Program Smart Plan ini amat berterima kasih di atas kepercayaan yang anda berikan terhadap Program Smart Plan ini.

InsyaAllah kita akan berusaha bersama-sama untuk mengubah nasib setiap ahli yang menyertai Program Smart Plan ini. Sesungguhnya hanya dengan usaha dan keyakinan akan membantu semua ahli-ahli Smart Plan untuk melakar kejayaan.

Sesuai dengan motif penubuhan Program Smart Plan ini sebagai program untuk menambah atau mencari pendapatan sampingan maka saya menyeru kepada setiap ahli jangan jadikan ini sebagai landasan untuk anda hidup bersenang lenang tanpa perlu memikirkan usaha yang utama iaitu penghidupan anda.

Program ini bukan di cipta untuk anda terus menerus bersenang lenang dengan hasil yang di terima. Ingatlah bahawa hidup ibarat roda. Ada masanya anda di atas dan tak mustahil pada bila-bila masa sahaja anda akan terus ke bawah sekiranya kitaran roda itu sendiri telah terhenti.

Saya mohon kepada mereka yang menikmati hasil dari program ini agar menggunakan hasil yang di perolehi dengan sebaiknya. Jangan terus terleka dengan hasil yang di nikmati kerana setiap sesuatu atas muka bumi ini hanya bersifat sementara sahaja. Makanya bertindaklah dengan bijak bagi memantapkan kehidupan anda. Fikirlah tentang masa depan anda seandainya kitaran roda ini terhenti kelak.

Apa yang saya maksudkan adalah gunakanlah hasil yang anda perolehi untuk mengubah hidup anda. Bukan hanya bergantung kepada hasil yang anda terima sahaja. Pilihlah jalan yang terbaik untuk memastikan pendapatan yang anda terima berterusan di luar program ini sekalipun. Mulakanlah perniagaan atau apa sahaja yang anda rasakan mampu menambah baikkan kualiti dan masa depan hidup anda.

Ingin juga saya berpesan seandainya anda telah berjaya kelak jangan sekali-kali anda mudah untuk lupa diri. Kenangilah siapa diri anda sebelum anda menyertai program ini dahulu. Jangan sekali-kali lupa untuk mengeluarkan sedikit dari yang anda miliki untuk mereka yang amat memerlukan. Sesungguhnya hanya setiap yang anda keluarkan ke jalan yang di redhai pasti akan di lipat gandakan olehNYA...

Akhir kata dari saya, saya ingin memohon maaf seandainya dalam saya menjalankan dan menguruskan program ini ada berlaku situasi yang tidak dapat memuaskan hati semua ahli. Saya juga manusia biasa seperti anda semua. Pasti ada kesilapan yang tak dapat di elakkan. Saya juga seperti anda insan yang berikhtiar untuk mengubah penghidupan cumanya saya mengambil tanggung jawab yang besar untuk membolehkan seramai yang mungkin menjadi orang yang berjaya. Sekurang-kurangnya inilah yang dapat saya bantu..

Anda berjaya, saya orang pertama paling gembira...

PS: Jangan lupa melihat misi dan visi kita dalam Smart Plan Group.

Alamat rasmi Smart Plan Group:

Smart Plan Group
No.5440 Lahar Yooi
13300 Tasek Gelugor
S-P-U, Penang

04-573 5734 / 017-465 0526

No. Pendaftaran : PG 0187831-T